12/23 Iklan Kerjaya

Please add updates@feedmyinbox.com to your address book to make sure you receive these messages in the future.
Iklan Kerjaya Feed My Inbox

Iklan - Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan versi ke-3 baru sahaja dilancarkan!
December 22, 2009 at 1:24 am

Saya cuma ingin maklumkan bahawa
ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Kerajaan versi ke-3 baru sahaja
dilancarkan!

www.kerja-kerajaan.com

Laman web kini berwajah baru hampir 90%.
Kali ini ebook ini dikemaskini buat kali
ke-3 selepas bulan Mei 2009 yang
lalu.

Kali ini, ebook ini dipakejkan
mengikut modul-modul khas iaitu:

"Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan"

Modul #1: Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan


Modul #2: Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan


Modul #3: Contoh Soalan dan Skema Jawapan temuduga Kerja Kerajaan


Modul #3: Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga Kerja Kerajaan


Modul #5: Rahsia Penulisan Resume Temuduga Kerja Kerajaan

Dan terdapat 5 bonus utama lagi...

Teruskan membaca di

www.kerja-kerajaan.com


Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com


Jawatan Kosong : Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Sarawak (SPNS)
December 21, 2009 at 11:35 pm

1.PEKERJA AWAM (Gred R1)

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

Syarat Lantikan:
(a)(i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
(a)(ii) Berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan
(b) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

2.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (Gred W17)

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat tersebut; atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(iv) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-Kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik- politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.dan

(b) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3.PEMBANTU PENGUATKUASA (Gred N22)

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

LANTIKAN TERUS:
(a)
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; ATAU
(ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Pegawai Waran II dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;

(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki;
(iii)mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84 sm (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.dan

(c) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4.PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT (Gred F41)

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a)
i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Analisa Sistem (INTAN) atau Diploma Sains Maklumat daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakanyang diiktiraf setaraf dengannya; atau
iii) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T3); atau
iv) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T6); atau
v) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : P1T9);dan

(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon:
Semua permohonan boleh dikemukakan SECARA TALIAN (ONLINE) melalui laman web http://www.e-recruitment.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Disember 2009


Ebook Panduan :

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com


Jawatan kosong : Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)
December 21, 2009 at 11:32 pm

Jawatan kosong di Negeri Sembilan.

Jawatan

1. Penolong Akauntan (Gred W27)

Syarat Kelayakan:

-Warganegara Malaysia;
-Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
-Diploma dalam bidang Pengajian Perdagangan, Bank atau Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
-Licente of Charted of Secretaries and Administration of United Kingdom dalam bidang Kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
-Kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan latar diri (resume) yang mengandungi pekara-perkara berikut:
i.Pendidikan
ii.Pengalaman Bekerja
iii.Kemahiran
iv.Penglibatan Luar
v.Rujukan

Permohonan yang lengkap hendaklah dilampirkan Surat (Cover Letter) yang memaklumkan nama jawatan yang dipohon dan dihantar kepada:

Ketua Eksekutif,
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)
Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,
70710 Seremban,
Negeri Sembilan.

Tarikh tutup : 31 Disember 2009

Ebook Panduan :

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com


Jawatan Kosong : Balai Seni Lukis Negara
December 21, 2009 at 11:30 pm

Iklan jawatan kosong di Balai Seni Lukis Negara
Tarikh tutup 31 Disember 2009

jawatan yang ditawarkan

1.Jawatan Kosong Juruteknik Komputer F17 (sambilan)

Iklan lengkap jawatan kosong di Balai Seni Lukis Negara



Ebook Panduan :

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com


Jawatan Kosong : Universiti Teknologi MARA (UiTM)
December 21, 2009 at 11:28 pm


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap di Fakulti Perubatan Kampus Shah Alam, Selayang dan Sg.Buloh.

I. JAWATAN

SKIM PERKHIDMATAN JADUAL GAJI
1. ATENDAN KESIHATAN U3 Tetap
Atendan Kesihatan
P1T1 RM709.59 - P1T18 RM1452.85
P2T1 RM752.06 - P2T18 RM1531.25
P3T1 RM796.16 - P3T18 RM1611.23

II. SYARAT LANTIKAN

(a) tamat Tingkatan Tiga Sekolah Menengah bantuan penuh Kerajaan;

DAN
(b) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

III UMUR

a. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

b. Calon-calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

IV PERHATIAN KEPADA PEMOHON

a. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

b. Setiap permohonan MESTILAH disertakan salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN.

c. Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga.

d. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

V CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh diperolehi dengan melayari laman web UiTM di http://www.uitm.edu.my atau Klik Sini dan juga boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, Fakulti Perubatan, Aras 20 Menara 1, Kompleks Sains & Teknologi, UiTM Shah Alam. Sila nyatakan jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Tarikh tutup permohonan ialah pada hari Isnin, 28 Disember 2009.

Sila kemukakan permohonan kepada:

DEKAN
FAKULTI PERUBATAN
ARAS 20, MENARA 1
KOMPLEKS SAINS & TEKNOLOGI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
NO.TEL: (03) 5544 2834/ 2836/ 2984/ 3979/
(03) 5521 1278/ 1972
EMAIL: webmastermedic@salam.uitm.edu.my


Ebook Panduan :

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com


Jawatan kosong : Majlis Daerah Kuala Pilah
December 21, 2009 at 11:27 pm


Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA. Keutamaan Rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan seperti berikut:-

Jawatan

1.Pegawai Tadbir Gred N41 (TETAP)
2.Penolong Pegawai Perancang Bandar Dan Desa Gred J29 (TETAP)
3.Penolong Pegawai Penilaian Gred W27 (TETAP)
4.Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27 (TETAP)
5.Penolong Akauntan Gred W27 (TETAP)
6.Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 (TETAP)
7.Juruteknik Gred J17 (TETAP)

[ * IKLAN LENGKAP * ]

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti Pegawai kumpulan A (Pengurusan & Profesional), Pegawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu, JP, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi JKKK dan yang setaraf beserta gambar berukuran passport yang dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
72009 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Tarikh tutup : 30 Disember 2009


Ebook Panduan :

Iklan Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta
Di 
http://iklankerjaya.blogspot.com

 

This email was sent to birwan76@gmail.comCreate Your Account
Don't want to receive this feed any longer? Unsubscribe here.

No comments:

Post a Comment