Info Kerjaya

No Increase in Retrenchment Figure

According to the Human Resources Minister, Datuk Dr. S Subramaniam, the number of retrenchment for the second half of year 2009 is expected to be about the same as last year’s same period.

This is perhaps another positive sign of economic recovery which may begin to see companies hiring big again. However, Subramaniam is referring to the official figure of retrenchment , which was based on the official figure obtained from the employers.

According to the law, employers must inform the Manpower Department 2 months in advance about their impending retrenchment move involving their workers. However, there are employers who do not abide by the law and failed to report their retrenchment exercises.

The ministry has to date, accumulated 4,000 retrenchment notices from various employers.



50,000 Jawatan Kerajaan Masih Kosong

Sebanyak lebih 50,000 jawatan kerajaan perlu diisi sehingga akhir tahun ini, dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini agak gusar tentang kepastian untuk mengisi semua kekosongan jawatan tersebut dalam masa yang diperlukan.

Menurut timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah, pihak kerajaan kini sedang menimbang pelbagai inisiatif baru untuk menarik minat calon calon berkelayakan untuk memastikan negara tidak ketandusan kakitangan yang berkaliber.

Daripada jumlah 50,000 itu, 5,000 kekosongan adalah untuk jawatan doktor, 5,000 jururawat, 300 jurutera dan 800 pegawai PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik), manakala selebihnya adalah jawatan sokongan daripada pelbagai kategori dan juga jabatan.

Dalam pada itu juga, kerajaan juga sedang menimbangkan untuk menambah jumlah pemberian biasiswa khusus untuk bidang perubatan untuk melahirkan lebih ramai tenaga perubatan terutamanya doktor dan juga jururawat, yang pada masa ini sedang mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja. Pemberian biasiswa ini akan diberi kepada pelajar pelajar yang mendapat tawaran pelajaran di dalam dan juga luar negeri.

Mereka yang berminat untuk memohon jawatan kerajaan dinasihatkan untuk menyemak laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang menjadi masuk utama kepada perjawatan dalam kerajaan.



Slowdown in US Unemployment

In a sign of positive recovery, the job losses figure in the US recorded a sharp decline on May 2009, perhaps signaling the beginning of the end of recession. The bad news - the unemployment rate is still at the county’s highest in almost 3 decades.

As revealed by the US Labour Department, more than 345,000 people lost their job last month. While the number seems to be overwhelming to say the least, it is the smallest retrenchment figure recorded since September 2008.

In April, the figure was 504,000.

Hopes for a full economic recovery is now alive and kicking even though the country still have some way to go to reduce its unemployment rate, which now stands at 9.4%.

The current US recession, which has gone for more than 15 months, is the longest faced by the citizens since the Great Depression and has to date swept away more than 6 million jobs, as well as burying a significant number of well known corporations. On average, more than half a million people lost their jobs since the start of the recession.

Lehman Brothers, once a mighty investment adviser, has succumbed to the crisis and made its name in the history book in of the largest bankruptcies in the US.



Nissan offers Spanish workers temporary layoffs

MADRID, June 7 - Japanese carmaker Nissan said on Saturday it had agreed with unions to offer 200 workers in Spain temporary redundancies, marking the latest move by recession-hit firms to avoid high Spanish firing costs and save jobs.

The measures follow Nissan’s announcement last October it was cutting 1,680 workers at its Barcelona plant because of weak demand, particularly for vans and 4X4 models.

In a statement late on Friday, the Japanese firm said it would offer 200 workers temporary layoffs until April 2012, with redundancy pay equal to 20 days per year worked, and the right to return to jobs under the same terms.

The preliminary agreement, which also safeguards a further 100 jobs, follows early retirement and voluntary redundancy deals for 650 employees. It cuts the number of workers Nissan will have to fire to around 700. Union talks are ongoing.

Unemployment is rising faster in Spain than any other European Union country after the global crisis extinguished credit-driven housing and consumer spending booms.

Most layoffs have been among temporary workers with relatively low firing costs.

But as the crisis drags on, firms are having to cut long-term employees protected by some of the highest firing costs in the world, according to the OECD.

Spain’s second largest bank BBVA recently offered long-term staff prolonged paid leave in a move to rein in costs. - Reuters


Jururawat Kerjaya 24 Jam

MEMIKUL tanggungjawab sebagai jururawat bukan hanya terbatas dalam wad atau ketika menyaluti tubuh dengan pakaian rasminya.

Bagi Jaliah Mat Jani, 44, pengalaman banyak mendewasakannya untuk memberi khidmat kepada masyarakat dengan melunaskan tanggungjawab untuk menjadi jururawat berwawasan.

Sepanjang meraih jawatan itu lebih 20 tahun, wanita yang berasal dari Melaka ini akur jadual kerjanya tidak hanya terbatas pada waktu pejabat. Sebaliknya di saat sedang lena dibuai mimpi, ada panggilan kecemasan yang memerlukan khidmatnya.

Dunia jururawat bagaikan tidak terpisah dengan dirinya kerana kerjaya itu memberi kelebihan sebagai satu tanggungjawab kepada masyarakat umum kerana seluruh hidupnya ditumpahkan pada kerjaya yang amat diminatinya itu.

“Sebagaimana diketahui umum, kerjaya ini adalah 24 jam. Ini bermakna, setiap detik nyawa dan keselamatan orang ramai yang menerima rawatan amat bergantung kepada peranan jururawat. Oleh itu, tanggungjawab atau harapan yang disandarkan amat besar.

“Walau sepenat mana, semua itu memberi pengalaman berharga dan setiap detik yang dilalui sepanjang tempoh berkhidmat adalah sesuatu yang menarik. Soal maki hamun dan kerenah pelanggan yang terlalu banyak itu asam garam sepanjang bekerja,” katanya.

Sepanjang menempuh kerjayanya, sesuatu yang paling indah untuk dikenang adalah ketika ditugaskan di Hospital Raja Faisal di Jeddah yang menjadi pengalaman paling nikmat kepadanya.

Setahun berkhidmat di hospital berkenaan, banyak kenangan manis diraih selain menimba pelbagai pengalaman yang sukar diperoleh di mana-mana tempat. Ini kerana katanya, hospital berkenaan antara yang ternama di dunia selain penyelidikan dan cara bekerja yang hebat serta menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.

“Sebagai sebuah hospital canggih di dunia, pasti pengalamannya amat berharga. Selain dapat mempelajari pelbagai aspek berkaitan, ilmu bantu itu amat penting dalam meletakkan saya pada tahap saya kini.

“Lagi pula, saya ditempatkan di Unit Onkologi dan hanya satu-satunya jururawat dari Malaysia yang meraih pengalaman ketika itu. Ia membangkitkan semangat yang kuat kepada saya kerana dapat berkongsi pengalaman dengan pakar hebat di sana,” katanya mengimbau pengalaman manisnya.

Lebih membuatkan wanita ini teruja, kerjayanya itu disifatkan sebagai pelaburan untuk akhirat kerana setiap kebaikan itu bukan untuk dikenang dengan pingat atau anugerah tertentu.

Sebaliknya, peluang membuat kebajikan sesama manusia adalah sesuatu yang memberi kelebihan atau pahala untuk kehidupan yang bakal dijalani di dunia yang satu lagi kelak. Tidak lupa kenangan terindahnya sepanjang di bumi bertuah itu adalah kesempatan untuk mengerjakan umrah.

“Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu saya akan ke tanah suci Makkah kerana itulah peluang yang paling murni apabila berpeluang bekerja di bumi anbia. Ibadat itu mendekatkan diri betapa kecilnya kita sebagai makhluk Allah.

“Untuk itu, terbit rasa insaf di hati dan saya percaya jika berpeluang lagi itulah impian yang diharap ramai orang apabila berpeluang ke sana,” katanya.

Lali dengan kerenah dan pelbagai ragam pelanggan, baginya semua itu menggarap pelbagai rencah yang akhirnya memberi makna tersendiri dalam hidupnya.

Sebelum meraih kedudukan kini, tugasan pertamanya sebaik menamatkan pengajian di bidang kejururawatan adalah ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kota Bharu, Kelantan sepanjang terikat dengan kerajaan.

Melakukan penghijrahan dalam kerjaya ke syarikat swasta bukan suatu keputusan mudah untuk dilakukan. Namun sikapnya yang sukakan cabaran, sebaik mendapat tawaran kerja dengan Kumpulan Perubatan Johor pada 2000, ia menjadi penanda aras kepadanya untuk terus memacu kerjaya dengan jaya.

Bertitik tolak dari situ, dia terus mengembangkan kerjaya sehingga kini meraih kedudukan Ketua Pegawai Kejururawatan, KPJ Selangor.

“Komitmen amat penting kepada saya bahkan kepada semua jururawat. Saya sering terapkan kepada pekerja bahawa apa yang terpenting adalah memikul tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas kerana kedua-dua elemen ini bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat.

“Dalam setiap ceramah di institusi atau kepada pelajar yang ingin menceburi bidang ini, saya sering tekankan bukan hanya seseorang itu tidak harus takut kepada darah atau jarum tetapi lebih penting, bekerja dengan keikhlasan hati.

“Saya ingin menggalakkan supaya lebih ramai lelaki tampil untuk menjadi jururawat kerana fizikal mereka dan aspek lain yang meletakkan golongan Adam juga mampu melangkah lebih jauh jika menyahut cabaran bergelar jururawat,” katanya yang bangga bakal menyambut kehadiran Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei ini.



SENARAI JAWATAN KOSONG KERAJAAN

JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (MIDA)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN :
-PEMANDU / OPERATOR JENTERA PEMUNGGAH

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
Permohonan secara online di www.jobsmalaysia. gov.my

Tarikh Tutup : 14 Jun 2009


JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berwibawa , berdedikasi dan mempunyai tekad yang tinggi serta memiliki kelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk berkhidmat dalam sebuah Universiti Penyelidikan yang telah di iktiraf sebagai Universiti Penyelidikan dan sedang menuju ke arah Universiti bertaraf dunia.

JAWATAN :
1. PEGAWAI PENERBITAN (N41)
2. PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN (N27)

TARAF JAWATAN : SAMBILAN / KONTRAK

BORANG PERMOHONAN :
Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
http://reg.upm. edu.my/iso/ spk/4.%20borang. log.senarai% 20semakan. gp.su.se. ak/4.2%20Operasi /a.%20Bahagian% 20Pengurusan% 20Sumber% 20Manusia% 20%28BUM% 29/Borang/ pelantikan/ PEND.BUM. BR01.JAWATAN01- jwtan%20kump% 20P&P.pdf

Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan
http://reg.upm. edu.my/iso/ spk/4.%20borang. log.senarai% 20semakan. gp.su.se. ak/4.2%20Operasi /a.%20Bahagian% 20Pengurusan% 20Sumber% 20Manusia% 20%28BUM% 29/Borang/ pelantikan/ PEND.BUM. BR01.JAWATAN02- permohonan% 20jwt%20kump. sok.pdf

CARA MEMOHON :
Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke :

Bahagian Pentadbiran
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan.
(u. p. : En. Saiful Azwir Ali Akbar)

PERTANYAAN: Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan En. Saiful Azwir Ali Akbar di talian 03-8946 7837

TARIKH TUTUP : 26 Jun 2009



JAWATAN KOSONG DI MATRADE SARAWAK

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN :
-PEMBANTU AM PEJABAT N1

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
Permohonan secara online di www.jobsmalaysia. gov.my

Tarikh Tutup : 30 Jun 2009



JAWATAN KOSONG DI KERAJAAN NEGER JOHOR DARUL TA'ZIM

Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana berikut:

JAWATAN :
1. PEGAWAI SYARIAH L41
2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH DG41
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
4. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA DGA29
5. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J29
6. PENOLONG PEGAWAI SYARIAH LS27
7. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
8. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN C27
9. PENOLONG JURUAUDIT W27
10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PENGHULU) (LELAKI) N27
11. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PEGAWAI EKSEKUTIF) N27
12. PENOLONG PEGAWAI TANAH NT17
13. PEMBANTU SYARIAH LS17
14. PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) N17
15. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) N17
16. PEMBANTU TADBIR (PENYELENGGARA SETOR) N17
17. JURUAUDIO VISUAL N17
18. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
19. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
20. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S17
21. PEMBANTU VETERINAR G17
22. PEMBANTU PERTANIAN G17
23. JURUTEKNIK (AWAM) J17
24. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17
25. PEMBANTU TADBIR RENDAH (JURUTAIP) N11
26. PENGAWAS HUTAN G11
27. PENGHANTAR NOTIS N3
28. PEMBANTU AM PEJABAT N1

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.johordt. gov.my
http://www.johordt. gov.my/spaj/ pdf/Iklan% 202009.pdf
http://www.johordt. gov.my/spaj/ pdf/form2009. pdf

Tarikh Tutup : 30 Jun 2009



JAWATAN KOSONG DI LEMBAGA TABUNG HAJI (LTH)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

IKLAN 1

JAWATAN :
-JURUUKUR BAHAN (SPP3)

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :

Permohonan secara online di www.tabunghaji. gov.my

Tarikh Tutup : 17 Jun 2009

IKLAN 2

JAWATAN :
-KERANI (SPP2)

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.tabungha ji.gov.my/ th/TH/source/ Jawatan%20Kosong /Lampiran% 20A%20(Kerani).pdf

Permohonan secara online di www.tabunghaji. gov.my

Tarikh Tutup : 19 Jun 2009



JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH REMBAU (MDR) NEGERI SEMBILAN

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.
Keutamaan Rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus.

JAWATAN :
-Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
-Penghantar Notis Gred N3
-Pekerja Awam Gred R1

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.mdr. gov.my

Permohonan hendaklah menggunakan Borang yang boleh didapati dengan PERCUMA
Bahagian Pentadbiran, Majlis Daerah Rembau, 71309 Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Borang permohonan boleh diperolehi dengan hadir sendiri atau melalui pos dengan menyertakan Sampul Surat berukuran 20 sm x 28sm beralamat sendiri serta setem 50 sen.

Tarikh Tutup : 22 Jun 2009



JAWATAN KOSONG DI MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA (MKM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN :
-Pegawai Latihan E41 (Cawangan Utara, Selatan & Timur)
-Penolong Pegawai Tadbir N27 (Cawangan Timur)
-Pembantu Tadbir (P/O) N17 (Cawangan Utara, Selatan & Timur)

* Cawangan Utara : Alor Setar, Kedah / Cawangan Selatan : Johor Bahru / Cawangan Timur : Bera, Pahang

CARA MEMOHON :

a) Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati dengan melayari Laman Web MKM di www.mkm.edu. my. Di penjuru sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2009 .

c) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah dan juga gambar berukuran pasport yang terbaru dan dialamatkan kepada:

PENGARAH
MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA
PETI SURAT 60, 103 JALAN TEMPLER
46700 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL
EHSAN
(u/p : Unit Sumber Manusia & Tadbiran Am)



JAWATAN KOSONG DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia.

JAWATAN :
1. PEGAWAI SAINS C41
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
3. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
4. PEGAWAI TADBIR N41
5. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL N41
6. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
7. PUSTAKAWAN S41
8. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
9. PEGAWAI PSIKOLOGI(KLINIKAL) S41
10. PEGAWAI OPTOMETRI U41
11. JURU X-RAY U41
12. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F29
13. PEMBANTU TEKNIK J29
14. PEMBANTU PERUBATAN U29
15. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
16. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27
17. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
18. PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN S27
19. PENOLONG AKAUNTAN W27
20. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
21. JURUTEKNIK J17
22. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17
23. PENYELIA ASRAMA N17
24. PEMBANTU TADBIR (S) N17
25. PEMBANTU MUZIUM S17
26. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
27. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
28. PEMBANTU TADBIR RENDAH N11
29. TUKANG K2 R11
30. PEMANDU KENDERAAN R3
31. ATENDAN KESIHATAN U3

Maklumat Lanjut & Borang Permohonan :
http://www.ukm. my/ejob

Tarikh Tutup : 6 Julai 2009



JAWATAN KOSONG PEGAWAI SKIM PERKHIDMATAN SINGKAT KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

JAWATAN:
Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat Gred 41

Penempatan: Seluruh Malaysia

Kekosongan : 40

DOWNLOAD IKLAN
http://static. jobsmalaysia. gov.my/html/ jcs-resources/ SyaratPohon_ KSM.pdf

DOWNLOAD CARA MEMOHON
http://static. jobsmalaysia. gov.my/html/ jcs-resources/ CaraPohon_ KSM.pdf

Syarat-syarat Permohonan :
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun
(c) ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya, dan
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan, dan
(e) kepujian Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Taraf jawatan: Kontrak sehingga 31 Disember 2010

Cara Memohon:
Permohonan jawatan boleh dibuat secara online dengan melayari laman web
Kementerian Sumber Manusia di www.jobsmalaysia. gov.my

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Azmi bin Ayob di talian 03-88865068 atau Encik Mohd Radzi bin Hj. Din 03-88865199

Tarikh Tutup : 18 Jun 2009 , 12.30 tengah hari (Khamis)